Ramai individu hari ini diluar sana mencari jalan dan berusaha untuk menambah hasil pendapatan keluarga. Maklumlah sekarang kegawatan ekonomi benar-benar mencabar kedudukan kewangan kita semua. Namun ada yang kecewa dan ada juga masih mampu lagi tersenyum tapi jangan lupa ada juga masih sama seperti dulu. Cuma aku nak kongsikan sedikit pengalaman aku melalui kegawatan ekonomi pada tahun 1998. Waktu itu aku masih lagi pelajar sekolah. Tidak memahami kenapa perlu berjimat-berjimat apabila duit belanja sekolah berkurangan. Tetapi soalan itu tidak pernah aku tanya sama sekali kepada kegawatan kedua orang tuaku. Tetapi kini aku faham erti derita apabila kegawatan ekonomi berlaku kepada aku semula pada tahun ini. Namun begitu jangan patah semangat. Kamu punya potensi seperti juga aku, itu sudah cukup luar biasa besar. Tidak perlu bertanya sejauh mana potensi manusia, tetapi tanyakan sejauh mana Anda berusaha mengoptimalkan potensi diri anda yang dahsyat itu. Potensi kita adalah nikmat dari Allah yang harus kita syukuri dan teruskan semangat perjuangan harmoni ini. Nak tahu bagaimana nak mengenali potensi kamu jangan lupa nantikan blog aku selepas ini.
Ekonomi gawat kamu masih mampu tersenyum
Advertisements